Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Merupakan inti dari amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah akan menyebabkan amalanya tidak akan mendapat pengakuan oleh Allah SWT.
Ayat-ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SWT oleh Allah SWT di Makkah menjurus kepada pembinaan aqidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas Nabi Muhammad SAW telah berjasa melahirkan para sahabat yang mempunyai daya tahan yang kuat dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Seperti contoh kisah Bilal bin Rabah tidak beranjak imanya walaupun disiksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang terik.
Dari sini kita nampak dengan jelas bahwa pendidikan akidah amat penting dalam setiap jiwa insan muslim agar dapat mempertahankan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cibiran dalam segenap penjuru, terutamanya internet dan teknonogi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.
Untuk selengkapnya bisa di download Ebooknya di sini
0 komentar:
Posting Komentar